
Kehebatan K-Drama Memukau Kaki Muvi di Malaysia.
Semenjak dua menjak ni drama Korea memang laku laris di pawagam rumah kaki muvi. Cik Min pun dah terjebak sekali tengok drama-drama Korea. Hahaha.. Bagi pendapat Admin, drama Korea ni ada sesuatu yang lain sikit dari drama melayu atau drama omputeh. Secara purata drama Korea yang Cik Min tengok kebanyakan nya menceritakan sesuatu masalah tu diselesaikan secara realistik. Dan lebih mirip kepada kehidupan sebenar diluar drama.
Sebagai contoh, kalau kita perasan drama2 yg ada dalam pasaran banyak memainkan perasan penonton dengan scene yang berkemungkinan besar tidak berlaku dalam kehidupan sebenar, penceritaan bagaimana sesuatu masalah itu diselesaikan (jika berlaku dalam kehidupan sebenar) tidak digambarkan dengan jelas. Berbanding dengan drama Korea yang seolah-olahnya memberikan jawapan, cara, atau kaedah untuk menyelesaikan masalah yang sedang berlaku dalam kehidupan sebenar, dicontohkan dalam drama itu sendiri. Jadi bagi kaki muvi yang mengambil pelajaran dari sesebuah muvi yang ditonton, drama Korea sangat sesuai dengan citarasa Cik Min. (Perasan tak tiba-tiba guna kata ganti diri Cik Min sebab nak rasa nama ala-ala NamKoong Min. Huhuhuhu…
Satu lagi korang perasan tak Drama omputeh yang glamer The Good Doctor tu, sebenarnya adalah adaptasi dari drama Korea kan? Kalau tak salah Cik Min, ini adalah disebabkan betapa realistiknya cara penyelesaian masalah dalam sesuatu kes perubatan yang berlaku dalam drama tu. Rasa Cik Min lah..
Drama Korea yang paling memberi kesan kepada otak Cik Min setakat ini adalah Hot Stove League, drama korea pasal sukan besbol. Walaupun yang terkini ada drama Korea yang boleh tahan menarik macam Big Mouth, The Golden Spoon dan Reborn Rich. Seriously dulu masa mula berjinak dengan drama korea ni, Cik Min tengok citer Backstreet Rookie, Viscenzo dan One Dollar Lawyer. 3 cerita ni lah yang mula sweep my feet utk start mengikuti drama Korea. Serius kalau belum penah tengok, cuba cari dan viu..

