Kaki Tengok DVD Ni

Wow.. aku dah cakap, sejak dua menjak ni filem Tamil/Bollywood banyak keluarkan muvi2 yang kualiti “internasionale” bak kata arwah Mamat Khalid. Baru2 ni, (Oktober 2022) aku tengok citer Drishyam 2. Of koz kalau korang nak layan yang 2, korang kena tengok dulu Drishyam yang pertama. Drishyam ni adalah remake filem asal dari muvi Tamil dengan tajuk yang sama. Drishyam. 

Cerita ni pasal kebijaksanaan watak utama , Vijay Salgaonkar (Ajay Devgan) mencipta “scene” atau “Drishyam” untuk mewujudkan sudut pandangan yang menjadi alibi untuk keluarganya terlepas dari tuduhan membunuh. Kisahnya anak perempuan Vijay kena ugut dengan video kaki skodeng. Tak sengaja “terbunuh” pulak budak kaki skodeng ni. Yang kebetulan adalah anak kepada seorang pegawai atasan polis (Tabu). Anak pompuan si Vijay ni dah takut giler. Bagitau apa jadi pada Vijay. Maka Vijay ni,  yang seorang kakitgkdvdni.com (hehehehe) buat plan macam nak cover up kejadian “terbunuh” tu.. 

Jalan cerita muvi ni mmng power gais. Sebab kita tak tau apa yang Vijay ni dah rancang sampailah tibanya hari yang sepatutnya. Dan yang bestnya, ahli keluarga Vijay ni pun tak dibagitau apa master plan Vijay. Dia hanya bgtau familli dia suh ikut jer apa yang dia suruh buat. Thrill dan suspen mmng menusuk kalbu. Bayangkanlah dalam Drishyam 1, mayat yang “terbunuh” tu Vijay tanam dkt tempat yang takkan terfikir oleh sesiapapun. Dan plan Vijay ni berjaya melepaskan famili dia dari tuduhan membunuh.

Sampai lah, selepas 7 tahun. (Drishyam 2) Ada saksi muncul tunjukkan tempat mayat ditanam. Dan rupanya lepas 7 tahun, hati seorang ibu tetap berdendam dan tak puashati dengan Vijay Salgaonkar ni. Tak puashati sebab seorang pegawai atasan polis kalah dengan kebijaksaan seorang kaki muvi jer. Jadi dalam muvi kedua ni, muncul watak baru yang mencabar kebijaksanaan Vijay. Berjaya merungkai “drishyam” yang direka oleh hero, dalam muvi pertama. Dan bertekad untuk patah kan usaha seorang ayah untuk cover up perbuatan “terbunuh orang” oleh anak pompuannya.

Cam biasa, korang akan dapat rasa thrill dan suspens nya bila masterplan Vijay berjaya dibongkar satu demi satu. Korang rasa adakah Vijay akan kantoi dalam Drishyam 2 ni? Ini satu perlawanan masterplan yang korang kena selesaikan sendiri sebelum habis menonton filem Drishyam. Tengok, jangan tak tengok. 

Sebenarnya, cerita ni mengingatkan aku pada satu muvi omputeh yang aku tengok sebelum aku tengok cerita Drishyam. Tahun 2022 jugak.  Cerita pasal perfect alibi jugak. Cerita dia tajuk “Where The Crawdads Sing”. Yang ni pun korang boleh layan, kalau korang suka Drishyam.